SEMAKAN BANTUAN E DOMPET RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN BANTUAN E DOMPET RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Bantuan yang disalurkan melalui e-Dompet (e-Wallet) merupakan bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM300 setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.

Bagaimanakah semakan bantuan e dompet rm300 setiap bulan 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM100 SETIAP BULAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN E DOMPET RM300 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bantuan e-dompet RM300 setiap bulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

SENARAI BANTUAN E DOMPET RM300 SETIAP BULAN

Berikut merupakan senarai barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan e-Dompet sebanyak RM300 setiap bulan :

  1. Beras, mi dan bihun.
  2. Roti dan biskut.
  3. Telur.
  4. Gula dan garam
  5. Rempah ratus, sos, kicap, dan sebagainya.
  6. Tepung.
  7. Minyak masak.
  8. Sayur-sayuran dan buah-buahan.
  9. Daging lembu, ayam, kambing dan ikan.
  10. Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  11. Lampin pakai buang.
  12. Produk tenusu (susu tepung, susu pekat dan susu segar).
  13. Peralatan persekolahan.
  14. Perihal pendidikan (yuran atau sebagainya).

CARA PEMBELIAN DENGAN BANTUAN E DOMPET RM300

Berikut merupakan cara-cara pembelian barang keperluan dengan menggunakan bantuan e-Dompet RM300 :

  1. Pilih barangan yang ingin dibeli (seperti senarai di atas).
  2. Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan.
  3. Juruwang akan mencatatkan barangan yang dipilih penerima dan melakukan saringan mengikut jenis barangan yang tersenarai.
  4. Gunakan aplikasi Wavpay e-Wallet untuk membuat pembayaran.
  5. Tekan ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS.
  6. Masukkan nombor pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR.
  7. Juruwang akan mengimbas kod QR yang tertera untuk menerima bayaran.

Terdapat banyak senarai kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih yang berdaftar dengan Program BINGKAS, sila rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.

SEMAKAN BANTUAN E DOMPET RM300 SETIAP BULAN 2024

Cara semakan bantuan e-Dompet RM300 adalah seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS.
  2. Kemudian, klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon; tanpa (-) Contoh : 0123456789.
  4. Masukkan kata laluan anda dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [LOG MASUK].
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Untuk rujukan sekiranyan anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib hubungi BINGKAS DI SINI : 1800-22-6600 atau E-mel : info@selcare.my.

2 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN E DOMPET RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment