PERMOHONAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
Seramai 700,000 rakyat Malaysia, layak mendapat bantuan keperluan asas barang dapur setiap bulan bermula tahun 2024. Bantuan ini bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan barangan keperluan tiap bulan rakyat Malaysia.
Bagaimanakah permohonan bantuan keperluan asas barang dapur 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI BANTUAN TUNAI : SEMAK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk permohonan bantuan keperluan asas barang dapur 2024, seperti di bawah :
- Warganegar Malaysia.
- Berumur 21 hingga 59 tahun.
- Berada dalam data e-Kasih.
- Berstatus lulus Bantuan STR.
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
JUMLAH / SENARAI BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2024
BIL. | KATEGORI PENERIMA | JUMLAH |
---|---|---|
1. | Kategori Isi Rumah Miskin Tegar | RM1,200 |
2. | Isi Rumah Miskin | RM1,200 |
3. | Isi Rumah Asas | RM300 |
4. | Bujang & Warga Emas | RM150 |
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN
Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam kad pengenalan diri (Mykad) penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan untuk dibelanjakan barangan keperluan (mengikut 10 kategori yang disenaraikan) di kedai atau pasaraya yang terpilih.
CARA PEMBELIAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2024
- Pilih kedai berhampiran anda, semak senarai kedai terpilih [Di Sini].
- Kemudian, pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjukkan Mykad kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
- Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
- Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.
PERMOHONAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR 2024
- Pemohon perlu daftar di Portal Rasmi e-Kasih; atau klik pautan ini : [https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.]
- Kemudian klik [Semakan Pendaftaran eKasih].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan permohon pada ruangan No.KP.
- Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
- Kemudian, pergi ke Portal eKasih untuk daftar akaun.
- Masukkan semua maklumat diri, pendapatan, tanggungan dan lain-lain yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Klik butang [Teruskan].
- Tandakan pada perakuan diri.
- Tekan butang [Hantar].
- Selesai.
Berdasarkan kenyataan pada soalan lazim di Portal Rasmi Mykasih, anda tidak perlu mengemukakan permohonan kerana kelayakan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih; atau sekiranya anda tidak pernah membuat permohonan MyKasih, anda boleh ikuti cara permohonan lengkap di pautan di SINI : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
- Tel: (603) 7720 1800.
- E-mel : info@mykasih.com
Saya tidak ada e kasih
Why
Saya
Kenapa saya tidak ada dalam ekasih