PENERIMA GKP YANG LAYAK AKAN TERIMA BKM SECARA AUTOMATIK
Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40, akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.⠀
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul, melalui sebuah hantaran status terkini beliau di media sosial.
BACA JUGA : CARA CHECK STATUS BKM SECARA ONLINE
PENERIMA GKP YANG LAYAK AKAN TERIMA BKM SECARA AUTOMATIK
Ini termasuklah penerima GKP yang layak akan turut menerima bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta rakyat.
Di samping itu, data penerima BPR dan BKC B40 bersama-sama dengan data daripada agensi Kerajaan yang lain seperti e-Kasih, bantuan JKM, dan penghuni Perumahan Awam serta Projek Perumahan Rakyat, juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM bagi memastikan tiada yang tercicir dari menerima bantuan.⠀
TARIKH PERMOHONAN DAN KEMASKINI
Bagi permohonan baharu dan kemas kini BKM, tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.
Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada kenyataan media di bawah:
SOALAN LAZIM MENGENAI BKM
Boleh dilihat di sini – https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BantuanKeluargaMalaysia_(BKM).pdf