iAKAUN KWSP VIEW MODE : PENDAFTARAN ATAU SEMAKAN BAKI SIMPANAN DAN CHECK DIVIDEN
i-Akaun viewmode merupakan akses ke paparan i-Akaun yang terhad kepada semakan maklumat sahaja.
Ahli tidak boleh membuat sebarang transaksi yang melibatkan penggunaan nombor telefon Transaction Authorization Code (TAC). Hanya semakan maklumat sahaja dibenarkan.
Terkini,ahli boleh daftar i-Akaun secara online dan membuat semakan baki Akaun 1 dan Akaun 2 tanpa perlu ke kaunter mahupun kios KWSP.Ia boleh dilakukan dengan membuat pengesahan pendaftaran melalui telefon.
Pendaftaran secara atas talian dan pengesahan melalui panggilan telefon akan memberikan ahli akses terhadap i-Akaun dalam bentuk View Mode.
Baca juga: PENGELUARANKHAS KWSP GOV MY 2022 : (PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN)
PENDAFTARAN iAKAUN KWSP VIEW MODE
Lihat artikel di bawah:
Kemudahan i-Akaun (view mode) adalah terhad kepada:
- Semakan Baki Akaun
- Semakan Caruman Semasa
- Semakan Profil
- Semakan Sejarah Pengeluaran
- Semakan Kelayakan Pengeluaran
- Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox
Terdapat dua cara pendaftaran iakaun KWSP view mode:
CARA DAFTAR i-AKAUN VIEW MODE ONLINE(HUBUNGI KWSP)
Pendaftaran i-Akaun (view mode) boleh dibuat dengan menghubungi Hotline KWSP di 03-89226000 (8am-5pm) untuk mendapatkan Kata Laluan Sementara dan semakan nombor ahli KWSP (ID Pengguna Sementara).
Dengan pendaftaran ini, anda boleh membuat pengaktifan i-Akaun melalui pautan: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Hubungi talian Hotline KWSP di 03-89226000 (8am-5pm) dan maklumkan kepada operator KWSP bahawa anda ingin mendaftar i-Akaun ViewMode.
- Kata Laluan Sementara dan semakan nombor ahli KWSP (ID Pengguna Sementara) akan diberi. Sila catatkan dengan teliti.
- Buka Portal KWSP di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Gunakan Kata Laluan dan ID Pengguna yang diberikan tadi untuk mengakses i-Akaun.
- Ahli boleh menukar kata laluan i-Akaun view mode dengan memastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah aktif dan terkini.
- Anda boleh menggunakan i-Akaun ViewMode ini untuk menyemak baki dan kelayakan pengeluaran i-Citra.
CARA DAFTAR i-AKAUN VIEW MODE ONLINE DI KIOSK KWSP
Pengaktifan i-Akaun Melalui Kios KWSP
Untuk aktifkan i-Akaun, pengesahan cap jari ahli perlu dilakukan bagi menjana Kod Pengaktifan i-Akaun menggunakan MyKad.Pengesahan cap jari ini boleh dilakukan di kaunter KWSP atau kiosk KWSP.
Berikut adalah cara mengaktifkan i-Akaun di kios KWSP:
LANGKAH 1: Pengesahan Kad Pengenalan & Cap jari
Masukkan nombor kad pengenalan anda.Masukkan nombor telefon terkini (pastikan nombor telefon yang aktif) dan cap jari anda.
LANGKAH 2: Terima TAC
Tunggu dalam 10 saat akan keluarkan kertas yang dipaparkan nombor ID anda beserta dengan SMS kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
LANGKAH 3: Buka Laman Web i-Akaun
- Sila install aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit atau pergi ke pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Masukkan nombor ID serta password.
- Masukkan lagi sekali nombor ID tadi dan kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
- Kemudian kemaskini password baharu.
- Selesai
SEMAKAN BAKI SIMPANAN
Rujuk artikel di bawah:
Selepas akaun diaktifkan, anda boleh login ke sistem i-Akaun untuk membuat semakan penyata KWSP online.
Layari laman web KWSP dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima untuk mengaktifkan i-Akaun anda dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.
Isikan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima. Klik Login.
Selepas berjaya login, sila cipta kata laluan dan pilih imej online.
Kemudian jangan lupa untuk pilih Frasa Rahsia.
CHECK DIVIDEN KWSP
Rujuk artikel berikut:
Dividen KWSP telah pun diumumkan sebanyak 5.45% (konvensional) dan 5% (shariah).
Pengkreditan dividen KWSP bagi tahun 2019 telah pun selesai dilakukan.
Anda boleh melakukan semakan kadar dividen hanya dengan 3 langkah mudah melalui aplikasi i-AKaun. Tak perlu berbaris di kiosk atau di kaunter dah.