ePANGKAT KPM : PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT 2022
PERHATIAN : KEPADA PARA GURU / PPP 2014, PERMOHONAN PENGISIAN ePANGKAT HANYA DIBUKA SEHINGGA 31 JANUARI 2022 UNTUK URUSAN JANUARI HINGGA JUN 2022.
ePangkat merupakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat fleksibel bagi memenuhi keperluan semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. la merupakan suatu jenis pencapaian yang melambangkan kejayaan seseorang pekerja di sesebuah syarikat ditawarkan mengikuti prestasi dan kecemerlangan semasa.
Sistem ini telah pertama kalinya dicipta pada 21 Ogos 2008 bagi mengelakkan kelemahan dalaman pengurusan pangkat seperti kelewatan memproses urusan dan juga kelewatan memperoleh kenaikan pangkat. Selain itu, segala masalah seperti pertindihan urusan dalam mencadangkan sesuatu proses kenaikan pangkat juga mampu menjejaskan imej KPM.
Sistem ini bertujuan sebagai pemudahcara sistem semakan kenaikan pangkat. Selain itu, ianya juga membolehkan anda melakukan kemaskini maklumat yang tepat dan terkini daripada masa ke semasa.
BACA JUGA : SIP GIG PERKESO : PERMOHONAN 2022 ONLINE (INSENTIF RM600 – RM800)
FUNGSI UTAMA SISTEM ePANGKAT KPM
Fungsi-fungsi sistem ePangkat:
- Melakukan proses pemangkuan
- Menyelesaikan masalah isu kelewatan dan pertindihan urusan kenaikan pangkat
- Membuat kenaikan pangkat
- Memberikan penempatan pemangkuan
- Menyelesaikan isu pertukaran jawatan
- Memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
OBJEKTIF DAN MATLAMAT SISTEM ePANGKAT
- Mengautomasikan semua proses dan operasi urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan dan pertukaran jawatan kenaikan pangkat.
- Membolehkan perancangan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, pertukaran jawatan kenaikan pangkat dilaksanakan dengan cepat dan tepat pada waktunya.
- Membudayakan sistem kerja semua urusan naik pangkat yang cekap dan sistematik melalui aplikasi teknologi maklumat dan kumunikasi.
- Memupuk rasa tanggungjawab untuk mengemaskini dan melengkapkan data-data naik pangkat pada setiap peringkat.
- Menyediakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat yang fleksibel dan kemas bagi memenuhi keperluan warga KPM dan stakeholders.
JENIS LALUAN KENAIKAN PANGKAT
Menggunakan sistem ‘Time Based’ penawarannya adalah seperti berikut:
Berkelulusan diploma, formula yang ditetapkan adalah 8.8.5 :
- Gred DG29 naik pangkat ke DG32 : 8 tahun
- Gred DG32 naik pangkat ke DG34 : 8 tahun
- Gred 34 naik pangkat ke DG38 : 5 tahun
Bagi yang berkelulusan Ijazah pula menggunakan formula time based 8.8.6.3 adalah seperti di bawah ini :
- DG41 naik ke DG44 = 8 TAHUN
- DG44 naik ke DG48 = 8 TAHUN
- DG48 naik ke DG52 = 6 TAHUN
- DG52 naik ke DG54 = 3 TAHUN
DAFTAR SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT (PENGGUNA PERTAMA KALI)
Bagi pengguna yang pertama kali mendaftar, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu ke dalam sistem ePangkat seperti didalam portal di bawah:
- Link : https://epangkat.moe.gov.my/login.php
- Klik pada butang ‘Belum Berdaftar’ di bahagian ‘Log Masuk’
- Untuk Daftar ID Pengguna sila masukkan maklumat yang diminta seperti:
- Nombor Kad Pengenalan
- Kata Laluan
- Alamat Emel
- Klik butang ‘Hantar’
- Proses pendaftaran selesai
NOTA : SILA PASTIKAN ANDA INGAT ID DAN KATA LALUAN!
CARA LOGIN ePangkat KPM
Setelah anda berjaya mendaftar akaun sistem ePangkat, ikuti langkah-langkah dibawah bagi mengakses sistem ePangkat:
- Link : https://epangkat.moe.gov.my/login.php
- Sila log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang sudah ditetapkan.
- Pastikan nama, jawatan dan tempat bertugas dengan betul.
- Sila pilih modul iklan yang ditawarkan.
- Pilih modul permohonan untuk membuat permohonan.
SEMAKAN KEPUTUSAN ePangkat MELALUI ePangkat KEPUTUSAN
Untuk semak status permohonan atau kemaskini, anda boleh log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan anda ke portal ePangkat Keputusan:
BORANG PENILAIAN TAHAP KECERMELANGAN GURU KC
Berikut adalah senarai Borang Penilaian Tahap Kecermelangan Guru untuk gred DG32 / DG34 / DG38 / DG44 / DG48 / DG52 / DG54 :
Borang Penilaian Tahap Kecermelangan Guru Kategori 1A – https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2021/07/Borang-Kategori-1a-Guru.pdf
BORANG KATEGORI 1B – GURU – https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2021/07/Borang-Kategori-1b-Guru1.pdf
BORANG KATEGORI 2 – PENSYARAH – https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2021/07/Borang-Kategori-2-Pensyarah1.pdf
BORANG KATEGORI 3 – https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2021/07/Borang-Kategori-3-Ketua-Jabatan-PGB-Penolong-Kanan-Ketua-Unit.pdf
BORANG KATEGORI 4A – PEGAWAI – https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2021/07/Borang-Kategori-4a-Pegawai1.pdf
BORANG KATEGORI 4B – PEGAWAI – https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2021/07/Borang-Kategori-4b-Pegawai1.pdf
NOTA: Sila klik pada pautan yang disedikan untuk memuat turun borang yang anda inginkan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, persoalan atau pertanyaan mengenai sistem e-Pangkat KPM, anda boleh berhubung terus dengan pegawai yang bertugas melalui salah satu kaedah yang berikut:
No. Tel: 03-8884 7963 / 7863 / 7816
Emel: cnp@moe.gov.my
Alamat: Cawangan Naik Pangkat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutusan, 62604 Putrajaya.