DAYA MENYELESAIKAN MASALAH : CONTOH SOALAN & JAWAPAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

DAYA MENYELESAIKAN MASALAH : CONTOH SOALAN & JAWAPAN

Setiap seksyen dalam peperiksaan online SPA mempunyai format tertentu bagaimana soalan dalam seksyen tersebut diolah dan disusun.

Bagi calon yang memasuki peperiksaan tanpa pengetahuan tentang format soalan, mereka ini pasti merasakan soalan peperiksaan yang sedang dijawab itu sangat susah.

Tanpa pengetahuan tentang format soalan SPA juga, calon sukar untuk membuat ulangkaji dan latih tubi dengan berkesan.

Dalam peperiksaan online SPA, untuk seksyen daya menyelesaikan masalah, calon akan diuji menggunakan item-item yang meliputi 3 perkara iaitu kemahiran mengunakan logik,kemahiran menginterprestasi data dan konsep matematik.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan info mengenai contoh soalan spa daya menyelesaikan masalah beserta jawapan terkini 2022 untuk panduan anda. Kami juga sediakan soalan daya menyelesaikan masalah pdf untuk memudahkan anda.

Baca juga artikel lain : SOALAN INTERVIEW PTD : PENGALAMAN & TIPS TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK N41

DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Online SPA tahun 2022:

CONTOH SOALAN & JAWAPAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH 

SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH DAN JAWAPAN

1) Satu garis lurus terhasil apabila menghubungkan 3 titik R, S dan T. Titik S adalah titik tengah bagi garisan tersebut. Koordinat titik R, S dan T masing-masing adalah (-8, p), (5,4) dan (q,-7). Apakah nilai bagi r dan s?

A. r = 13 ; s = 11
B. r = -15 ; s = -18
C. r = 15 ; s = 18
D. r = -13 ; s = -11

2) Diberi satu persamaan garis lurus – 1/2 (y – 5) = x . Tentukan kecerunan.

A. – 5
B. 2
C. – 2
D. 5/2

3) Puan Ashida menghantar anaknya ke tadika pada pukul 9.00 pagi dan menjemput anaknya pulang pada pukul 11.45 pagi. Jika masa rehat anaknya di tadika itu selama 1/2 jam, berapakah tempoh masa aktiviti pembelajaran anaknya?

A. 2 Jam 15 Minit
B. 2 Jam 25 Minit
C. 2 Jam 35 Minit
D. 2 Jam 45 Minit

4) Sebuah kiub berisipadu 216 cm3 dicairkan menjadi tiga kiub baru bersisi 3 cm , x cm dan 5 cm. Bahagian kiub baru x adalah

A. 3.0 cm
B. 3.4 cm
C 4.0 cm
D. 4.5 cm

5) Diberi a : b = 3 : 9, hitungkan nilai b jika a = 27

A. 81
B. 21
C. 27
D. 40

6) Sekiranya harga petrol RON 95 meningkat daripada RM2.72 kepada RM 3.70 seliter, berapakah peratus peningkatan harga petrol RON 95 tersebut?

A. 42.34%
B. 35.52%
C. 40.33%
D. 36.03%

7) Kelas 4 Orkid ada 50 orang murid, 80% daripada pelajar telah memasuki kuiz dan 1/2 daripadanya gagal. Berapakah bilangan pelajar yang lulus dalam kuiz tersebut?

A. 23
B. 32
C. 20
D. 25

8) Dalam Persatuan Silat SMK Taman Seri , terdapat 10 orang berat 35 kg, 20 orang berat 40 kg. Berapakah purata berat pesilat dalam persatuan tersebut?

A. 45.3 kg
B. 50.3 kg
C. 38.3 kg
D. 48.3 kg

9) Hitungkan 144 ÷ (14 – 6 + 4) x ( – 6) =

A. -72
B. -60
C. -54
D. -46

10) Amna Insyirah mempunyai RM220. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli X buah buku dengan harga RM22 seunit dan Y batang pensil dengan harga RM2 seunit. Persamaan yang menyambungkan X dan Y ialah

A. X + 11Y = 110
B. 11X + 2Y = 220
C. X + Y = 22
D. 22X + Y = 120

11) Hurin Amanina mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.

A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55

12) x(x-2y)-(y-x)2 =

A. –y2
B. 2×2-y2
C. 2xy-y2
D. -2xy-y2

13) Cari median bagi taburan nombor berikut:

| 23 | 25 | 23 | 23 | 24 | 25 | 24 | 25 |

A. 23.5
B. 24
C. 24.5
D. 25

14) Kereta Encik Kinchin menggunakan 5 liter 500ml petrol setiap hari. Berapakah isi padu petrol yang digunakan dalam masa 4 hari ?

A. 21 liter
B. 21 liter 500 ml
C. 22 liter
D. 22 liter 500ml

15) Dalam satu pertandingan Bola Sepak 9 sebelah. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain). Bberapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

16) Jemal mempunyai 280 biji buah Manggis. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah Manggis untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Zakir, Herman dan Jakson. Berapakah biji buah rambutan yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

A. 40 biji
B. 60 biji
C. 70 biji
D. 80 biji

17) Dalam satu pertandingan jalan kaki, Marlinda berada 15m di depan Sandra Evliani. Marlinda melangkah 1m setiap kali kaki Sandra Elviani melangkah 0.8m. Berapa kali langkahan perlu dibuat oleh Sandra Elviani bagi menyamai Marlinda?

A. 70 langkah
B. 75 langkah
C. 80 langkah
D. 85 langkah

Skema Jawapan Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah

  1. C
  2. C
  3. A
  4. C
  5. A
  6. D
  7. C
  8. C
  9. A
  10. A
  11. D
  12. C
  13. C
  14. C
  15. A
  16. D
  17. B

SEMAKAN PENJADUALAN PEPERIKSAAN SPA

Semakan penjadualan peperiksaan SPA boleh dibuat dengan melayari :

Facebook SPA :

https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/

Atau

Portal SPA :

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan/peperiksaan-pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan

Pihak SPA akan mengeluarkan makluman mengenai jadual PSEE terkini mengunakan kedua-dua saluran di atas. Di samping menghantar emel panggilan kepada calon terpilih.

Leave a Comment