CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SECARA AUTOMATIK 2024 : SEMAK SEKARANG
Untuk makluman umum, bantuan RM300 setiap bulan ini adalah bantuan khas untuk membeli barangan keperluan asas yang telah disenaraikan. Hal ini demikian kerana, Kerajaan sediamaklum tentang peningkatan kos sara hidup rakyat. Justeru, kerajaan mewujudkan bantuan ini.
Bagaimanakah check nama penerima bantuan rm300 setiap bulan secara automatik? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PENDAFTARAN BANTUAN E WALLET RM300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS : MOHON SEKARANG
APA ITU BANTUAN RM300 SETIAP BULAN
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.
KADAR BANTUAN
Dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM3,600 setahun dan RM300 setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.
MANFAAT BANTUAN RM300 SETIAP BULAN
- e-Wallet boleh digunakan di kedai-kedai dan pasaraya yang berdaftar;
- Urusniaga secara tanpa tunai (cashless) hanya perlu scan sahaja;
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas RM300;
- Baki nilai bagi pembelian dahulu akan dibawa ke bulan hadapan; dan
- Akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SECARA AUTOMATIK 2024
Tarikh pembayaran Bantuan RM300 setiap bulan bagi tahun 2024 masih belum diumumkan, pemohon boleh membuat semakan di laman sesawang BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SECARA AUTOMATIK 2024
- Untuk semakan, sila layari Portal Rasmi BINGKAS; atau klik pautan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Kemudian, klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon; tanpa (-) Contoh : 0123456789.
- Masukkan kata laluan anda dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [LOG MASUK].
- Pergi ke bahagian semakan.
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan sahaja. Justeru, pihak kami tidak dapat membalas apa-apa pertanyaan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaa atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Website : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami; atau
- Hubungi BINGKAS DI SINI : 1800 22 6600;atau
- E-mel : info@selcare.my
Terima kasih emadani
SEMAKAN NAMA ANDA DI LAMAN WEB