CHECK KELAYAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023 : SEMAK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CHECK KELAYAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023 : SEMAK SEKARANG

Untuk makluman umum, seramai 210,000 penerima yang layak menerima bantuan tunai tambahan bagi tahun 2023 sebanyak RM600 yang disalurkan ke dalam Kad Pengenalan penerima. Bantuan yang diberikan ini adalah untuk membantu rakyat menghadapi isu kos sara hidup yang semakin tinggi.

Bagaimanakah check kelayakan bantuan tunai tambahan rm600 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200 : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023

Bantuan Tunai Tambahan ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan kepada penerima STR yang layak sebagai bantuan tambahan. Bantuan ini merupakan bantuan untuk membeli keperluan asas barang dapur setiap bulan dengan menggunakan Kad Pengenalan di kedai-kedai terpilih yang berdaftar di seluruh Malaysia.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023

Kelayakan adalah tertakluk kepada syarat-syarat melalui data eKasih seperti Isi rumah yang berstatus miskin dan miskin tegar, Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak, Warga emas yang tiada pasangan dan juga golongan bujang yang berpendapatan rendah.

BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023

Kerajaan telah mengumumkan bahawa tarikh pembayaran yang akan dilakukan adalah bermula 17 Julai 2023 dan pembayaran seterusnya bermula setiap 1 hari bulan (dibayar setiap bulan) sehingga bulan Disember 2023.

BAGAIMANAKAH CARA PEMBELIAN MENGGUNAKAN BANTUAN

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa. Berikut merupakan panduan cara pembelian dengan bantuan tunai tambahan :

  1. Pergi ke kedai yang berdaftar dengan MyKasih, Semak senarai kedai berhampiran anda DI SINI.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  4. Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Penerima bantuan perlu menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

CHECK KELAYAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023

Berikut merupakan cara check kelayakan Bantuan Tunai Tambahan bagi tahun 2023 seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik [DI SINI].
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami tidak dapat menjawab sebarang persoalan anda kerana pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

1 thought on “CHECK KELAYAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM600 2023 : SEMAK SEKARANG”

Leave a Comment