CHECK BANTUAN RM600 MYKAD 2023 : SEMAK SEKARANG
Oleh kerana peningkatan kos sara hidup, Kerajaan mengambil inisiatif untuk membantu rakyat dengan membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan dapur setiap bulan. Bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan bernilai RM100 selama tempoh 6 bulan.
Bagaimanakah check bantuan rm600 mykad 2023? Ikuti panduan semakan di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM600 MYKAD : CHECK SEKARANG
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN
Cara / kaedah pelaksanaan / bayaran kepada penerima adalah berbeza mengikut negeri yang ditetapkan seperti di bawah berikut :
ALAMAT PENERIMA | KAEDAH PELAKSANAAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia | Akan dikreditkan tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. |
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023. |
KATEGORI PENERIMA BANTUAN RM600 MYKAD 2023
Berikut merupakan kategori penerima yang layak menerima Bantuan RM600 Mykad mengikut data eKasih seperti di bawah :
KATEGORI | JUMLAH |
---|---|
Isi Rumah. : Kahwin; atau : Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak. | RM600 |
Warga Emas tiada pasangan. | RM600 |
Bujang berpendapatan rendah. | RM600 |
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN BARANG DAPUR
Berikut merupakan senarai barangan keperluan barang dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan RM600 seperti di bawah :
- beras,
- roti,
- telur,
- minyak masak,
- tepung,
- biskut,
- mi segera,
- minuman,
- makanan dalam tin; dan
- bahan perasa.
Lihat tag MyKasih pada rak harga di kedai-kedai terpilih. [Senarai Kedai Terpilih Di Sini].
CHECK BANTUAN RM600 MYKAD 2023
Ikuti cara check / semakan status seperti di bawah berikut :
- Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik [DI SINI].
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
Minta