CARA UKUR SAIZ CINCIN CM / LELAKI / UKUR LILIT
Anda ingin membeli cincin untuk pasangan anda? Atau untuk diri sendiri? Tapi tidak tahu saiz cincin yang dipakai? Di zaman serba canggih ini, anda boleh membeli cincin secara online dan anda hanya perlu tahu ukuran saiz cincin yang di pakai. Cara untuk dapatkan saiz cincin yang betul bagi lelaki dan perempuan adalah mudah sahaja. Anda hanya perlu menyediakan beberapa bahan di rumah untuk ukur saiz cincin dalam cm dan tentukan saiz menggunakan jadual saiz cincin yang disediakan di bawah.
Di siniĀ dikongsikan beberapa cara untuk mengukur saiz jari anda.
Baca juga : ETS BOOKING : ETS ONLINE TICKET & CARA BELI TIKET ETS ONLINE 2022
CARA UKUR SAIZ CINCIN CM
CARA UKUR SAIZ CINCIN LELAKI
Ikuti langkah berikut untuk ketahui cara ukur saiz cincin perempuan dan cara ukur saiz cincin lelaki.
CARA UKUR LILIT CINCIN
Sebelum itu, pastikan anda mempunyai peralatan seperti pen atau pensel, kertas dan pembaris. Untuk cara ukur jari untuk beli cincin, lihat langkah di bawah dan gambar yang disediakan:
- Potong sedikit kertas
- Lilit kertas di jari. Pastikan ketat
- Tandakan dengan pen di hujung kertas yang bertemu
- Ukur kertas dengan pembaris dari hujung ke tanda pen tersebut
UKURAN SAIZ CINCIN
UKUR LILIT CINCIN CM
Kemudian berpandukan panjang tersebut yang telah anda perolehi, tentukan saiz anda berdasarkan dalam gambar di bawah ini. Sebagai contoh, jika saiz jari adalah 4.6 cm maka saiz cincin yang sesuai dibeli adalah saiz 6.
CARA UKUR DIAMETER CINCIN
Cara lain yang boleh anda gunakan untuk mengukur adalah dengan mengukur diamater dalam cincin itu sendiri (gambar di bawah) dan rujuk pada rajah dalam gambar di atas untuk lihat saiz cincin anda.