Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan Boost Untuk Tahun 2022
Apakah program eBelia?
Baru-baru ini melalui pembentangan Belanjawan 2022, kerajaan memperkenalkan program eBelia khusus untuk golongan belia dan pelajar IPT. Golongan ini akan memperoleh bantuan eTunai sebanyak RM150 yang boleh ditebus menggunakan 4 eWallet yang tersenarai.Baca artikel ini untuk mendapatkan cara tebus eBelia RM150.
Empat eWallet tersenarai yang boleh digunakan untuk menebus bantuan eBelia RM150 ini adalah ShopeePay, Boost, BigPay dan Touch ‘n Go eWallet.
Baca Juga:- CARA DAFTAR SARAWAK PAY S PAY GLOBAL UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN BKSS DAN DAFTAR MERCHANT MILIKAN TUNGGAL
Syarat Permohonan
Pemohon perlu memenuhi syarat permohonan atau penebusan iaitu :
- Berumur antara 18-20 tahun pada tahun 2022.
- Pelajar IPT sepenuh masa pada peringkat Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia 4 (SKM 4) dan ke atas.
Pelajar IPT yang berumur lebih daripada 20 tahun turut layak untuk memohon bantuan eBelia RM150. Semakan pendaftaran IPT akan dijalankan semasa proses memohon bantuanĀ bagi memastikan kesahihan data pemohon.
Jika anda berada dalam salah satu syarat yang ditetapkan, anda layak untuk memohon dan menebus bantuan eBelia RM150.
Cara memohon dan menebus?
Kerajaan telah memaklumkan dimana, anda boleh tebus eTunai RM150 melalui mana-mana eWallet yang layak iaitu melalui Boost, Touch ‘n Go eWallet, BigPay dan juga ShopeePay.
Para pemohon perlu memilih salah satu platform eWallet diatas untuk membuat tebusan kredit tersebut dan bantuan tersebut akan dimasukkan terus ke akaun eWallet pemohon.
Bagi melayakkan anda membuat penebusan, pemohon wajib menaik taraf akaun mana-mana akaun eWallet yang anda pilih tersebut kepada akaun premium, dimana anda perlu daftar menggunakan nombor telefon peribadi, memuat-naik gambar kad pengenalan gambar gambar ‘selfie’ wajah pemohon.
Ini bertujuan bagi mengesahkan status pemohon seterusnya melayakkan anda menebus kredit eTunai RM150.
Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan Boost
Pembayaran menggunakan Boost dikatakan boleh digunakan dibanyak tempat. Ini kerana dikatakan lebih 20 ribu peniaga yang menerima bayaran cashless daripada Boost. Bukan itu sahaja, kini terdapat lebih 58 peniaga di kampus dan univerisit seluruh Malaysia menerima pembayaran menggunakan Boost. Pastinya memudahkan pelajar IPT untuk membelanjakan RM150 ini di kampus masing-masing
#1 – Cara Daftar Akaun Boost
- Download aplikasi Boost [ App Store | Play Store | AppGallery ].
- Buka aplikasi Boost dan klik ‘Register’.
- Masukkan nombor telefon dan anda akan terima kod TAC yang perlu dimasukkan pada ruang yang disediakan.
- Penuhkan ruangan maklumat peribadi seperti nama, emel dan sebagainya.
- Tetapkan 6-digit PIN untuk digunakan setiap kali buat transaksi.
- Selesai.
#2 – Cara Verify Akaun Boost Premium
Jika sudah selesai daftar, anda perlu naik taraf akaun premium untuk melaykkan anda tebus eBelia RM150. Caranya:
- Buka aplikasi Boost dan pada profile klik My Wallet.
- Kemudian klik pada Upgrade for Free.
- Seterusnya upload gambar MyKad anda beserta gambar Selfie dengan gambar yang kelas dan klik verify ID.
- Proses pengesahan akan mengambil masa 1 hari bekerja.
- Kemudian anda perlu tambah nilai sekurang-kurangnya RM20 ke dalam akaun Boost. Selesai!
Rujuk langkah 1.
Rujuk langkah 2.
Rujuk langkah 3.
Rujuk langkah 4.
Rujuk langkah 5.
Selesai!
#3 – Cara Tebus eBelia RM150
- Pada halaman utama aplikasi Boost, klik banner eBelia.
- *Proses pendaftaran dibuka pada tarikh yang diumumkan oleh pihak kerajaan.