CARA MEMBUAT RAYUAN UPU ONLINE LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2021/2022

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA MEMBUAT RAYUAN UPU LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2021/2022

Pada 15 September 2021, calon yang memohon kemasukan ke UPU boleh mula membuat semakan keputusan UPU. Tahniah kepada semua calon yang telah berjaya untuk masuk ke UPU. Tidak lupa juga kepada calon yang tidak berjaya, jangan risau kerana peluang kemasukan ke UPU masih lagi ada.

Untuk calon yang tidak berjaya semasa semakan boleh memohon cara rayuan untuk sesi 2021/2022. Permohonan rayuan ini di buka kepada calon yang tidak berjaya dalam proses semakan. Rayuan ini boleh dibuat secara online.

Di bawah ini kami kongsikan cara buat rayuan UPU melalui online.

Baca juga : LINK SEMAKAN UPU 2021/2022 : UPU MOHE GOV MY 2021 : SEMAKAN KEPUTUSAN UPU JPT ONLINE DAN SMS

CARA MEMBUAT RAYUAN UPU ONLINE LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2021/2022

Untuk calon yang tidak berjaya semasa semakan keputusan UPU, anda masih lagi berpeluang untuk membuat rayuan. Di sini kami kongsikan kepada anda serba sedikit cara untuk membuat rayuan UPU.

Permohonan Rayuan bagi Lepasan STPM/Setaraf untuk Sesi Akademik 2021/2022 akan dibuka pada 15 September 2021 (12.00 tengah hari) hingga 25 September 2021 (5.00 petang).

Permohonan rayuan hanya untuk pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja.

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU seperti di bawah ini.

Ini adalah Panduan Untuk Membuat Rayuan UPU Sesi 2021/2021

  1. Layari laman web rasmi Rayuan UPU di pautan ini : https://upu.mohe.gov.my/index.php/infografik#RayuanSTPM.

  2. Klik “SINI” di bahagian Permohonan Rayuan Boleh di Buat Di Sini.

  3. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan calon.

  4. Isi Kata Laluan/Password calon.

  5. Tekan LOG MASUK.

  6. Pada paparan utama UPUONLINE : Klik Permohonan Rayuan.

  7. Pastikan anda Isi Butiran yang diminta jika diminta.

  8. Hantar permohonan Rayuan anda.

  9. Permohonan Rayuan anda telah berjaya dibuat.

  10. Sila tunggu sehingga tarikh semakan permohonan rayuan dibuka.

  11. Semoga anda berjaya. Jika berusaha pasti berjaya.

SOALAN LAZIM

Macam mana cara membuat rayuan UPU sesi 2021/2022?

Anda boleh membuat rayuan menerusi portal permohonan rayuan rasmi UPUONLINE. Sila log masuk ke portal tersebut dan tekan permohonan rayuan UPU. Untuk panduan lengkap cara rayuan UPU boleh ke artikel ini.

Siapakah yang boleh membuat rayuan UPU?

Untuk makluman, hanya calon yang gagal mendapat tawaran sahaja yang layak mengemukakan permohonan rayuan ini.

Bilakah tarikh rayuan UPU 2021/2022 di buka?

Portal untuk permohonan rayuan UPU dibuka pada 15 September 2021 pada jam 12:00 tengah hari.

Bilakah tarikh akhir permohonan rayuan UPU sesi 2021/2022?

Tarikh akhir untuk membuat permohonan rayuan adalah pada 25 September 2021 pada jam 5:00 petang.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda sebarang persoalan dan pertanyaan, anda boleh hubungi pihak yang berwajib tentang Rayuan UPU ini seperti di bawah ini.

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200
FAKS : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL : upu@mohe.gov.my

Leave a Comment