CARA CLAIM SOCSO COVID ONLINE 2022 : TUNTUT FAEDAH PERKESO POSITIF DI TEMPAT KERJA
Untuk makluman, pekerja yang disahkan positif covid-19 di tempat kerja atau Person Under Investigation (PUI) disabitkan terbit daripada dan disebabkan oleh pekerjaan dan menjalani tempoh kuarantin boleh membuat permohonan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melalui majikan.
PERKESO juga menubuhkan badan bertindak khas untuk menyiasat tuntutan di bawah skim berkenaan bagi mempercepatkan urusan bayaran kepada mereka yang terbabit.
Ramai yang telah berjaya membuat tuntutan / claim PERKESO disebabkan positif COVID 19.
SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO COVID-19?
Pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 akibat/terbit dari aktiviti pekerjaan layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang menyediakan faedah berikut :
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan
- Faedah Orang Tanggungan
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Bagi pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 bukan berpunca dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut:
- Pencen Ilat
- Bantuan Ilat
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan
- Pencen Penakat
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Baca juga: BKM 2022 FASA 1 ONLINE : SEMAKAN STATUS KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
CARA CLAIM SOCSO COVID SECARA ONLINE
Lihat artikel di bawah:
Majikan boleh mengemukakan tuntutan bagi pekerja yang dijangkiti Covid-19 melalui Portal Faedah ( https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html ) atau boleh mengemukakan borang secara manual ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan bagi penentuan kes Bencana Pekerjaan.
Portal ini hanya digunakan oleh pihak majikan dalam menguruskan tuntutan pekerja tempatan (warganegara, penduduk tetap dan penduduk sementara).
Borang tuntutan boleh diperolehi di pautan berikut:
https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Faedah/borang34/Borang_34.pdf
SYARAT CLAIM SOCSO COVID
Lihat artikel di bawah:
Apa syarat bagi membuat claim PERKESO akibat jangkitan COVID-19?
- Masih bekerja.
- Masih aktif sebagai pencarum Socso.
- Dijangkiti Covid-19 di tempat kerja.*Jika tidak dijangkiti di tempat kerja, anda masih boleh buat tuntutan jika melibatkan keuzuran kekal @ kehilangan upaya sementara @ kematian.
KADAR BAYARAN YANG DITERIMA
Rujuk artikel di bawah:
Bagi pencarum yang dijangkiti COVID-19 di tempat kerja, mereka layak mendapat faedah daripada PERKESO manakala bagi kes membabitkan kematian, pencarum yang berusia kurang 60 tahun layak untuk faedah walaupun jangkitan bukan di tempat kerja.
Macam mana nak tahu berapa pampasan yang kita layak terima?
Ini perkiraannya : ( 80% Purata gaji รท 30 hari ) x Jumlah hari dirawat / kuarantin