bsp 3.0 semakan

BSP 3.0 SEMAKAN : CARA CHECK KELULUSAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2021

BSP 3.0 SEMAKAN : CARA CHECK KELULUSAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2021

Bantuan Prihatin Sabah (BSP) 3.0 adalah bantuan khusus untuk rakyat Sabah. BSP 3.0 memperuntukkan sebanyak RM300 bagi setiap pemohon yang layak. Dijangka sebanyak lebih 370K penerima BSP 3.0.

Untuk makluman, bantuan ini akan diagihkan kepada 8 kementerian termasuk Pejabat Tugas-tugas Khas dan juga Dewan badaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Kepada rakyat negeri Sabah,Kerajaan Negeri Sabah melancarkan Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) berjumlah lebih RM154.83 juta sebagai peruntukan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baca juga : MYBKC : CARA SEMAK STATUS KELULUSAN BANTUAN KHAS COVID19 2021

Antara kategori yang akan menerima bantuan ini adalah :

  • Miskin tegar, dan e-kasih.
  • Ushawan Mikro dan Kotej
  • Penjaja kecil
  • Pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baharu.
  • Nelayan, petani, pekebun sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak, pekebun kecil KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS.
  • Pemandu pelancong, penggiat seni, Divemaster, Malim gunung dan Porter (sektor pelancongan).

BSP 3.0

  • Antaranya yang menarik adalah RM300 sekali beri yang akan memanfaatkan penerima dan akan diagih tidak lama lagi kepada kumpulan sasaran melalui lapan kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
  • Bantuan one-off RM300 itu membabitkan seramai 370,432 penerima manakala bantuan bakul makanan adalah sebanyak 343,665.
  • Bantuan Sabah Prihatin 3.0 itu adalah bantuan tambahan kepada RM238,369,318 juta yang sudah diagihkan menerusi Bantuan Sabah Prihatin 1.0 dan 2.0, sejak hujung tahun lalu.

CARA KEMASKINI BSP 3.0

Berdasarkan makluman daripada orang awam,mereka gagal menerima bayaran kerana tidak membuat kemaskini BSP.

Kemaskini disini bermaksud,jika nama anda berdaftar dengan jabatan contohnya MPOB, LIGS, KPD, LKTNS,anda perlu kemaskini data dengan jabatan tersebut.

Antara maksud yang perlu dikemaskini adalah bank dan nombor akaun bank yang aktif,nombor telefon dan maklumat status.

Ia akan membantu proses pembayaran nanti.

CARA CHECK BSP 3.0 SEMAKAN

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan status bayaran BSP 3.0 bagi kedua-dua kategori Bujang dan Isi Rumah :

  • Layari portal rasmi Bantuan Sabah Prihatin di pautan ini : https://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak/
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan, Tidak perlu masukkan tanda sempang atau dash (-) Contohnya, 800100105253
  • Tick Saya bukan robot
  • Tekan butang SEMAK
  • Maklumat berkenaan status bayaran akan terpapar di skrin

Baca juga : CARA CHECK BKC : PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID19

CONTOH STATUS BANTUAN SABAH PRIHATIN 3.0

Berikut adalah contoh/maksud status permohonan/pembayaran BSP 3.0:

  • STATUS PERMOHONAN BSP 3.0 GAGAL/TIDAK LULUS
    (Maksudnya permohonan BSP anda gagal)
  • STATUS PERMOHONAN BSP 3.0 LULUS
    (Maksudnya permohonan BSP anda lulus dan akan menerima bayaran di akaun yang didaftarkan)
  • STATUS PEMBAYARAN BSP 3.0 BERJAYA KREDIT
    (Maksudnya pembayaran BSP anda ke akaun berjaya,tunggu duit masuk)
  • STATUS PEMBAYARAN BSP 3.0 GAGAL KREDIT
    (Maksudnya pembayaran BSP anda ke akaun gagal,sila tuntut duit anda di BSN bila dimakluman kelak)

Bilakah bayaran bantuan BSP 3.0?

Bantuan Sabah Prihatin 3.0 akan diagihkan dalam masa terdekat yang merangkumi pembayaran secara tunai one-off RM300, pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan bantuan kepada pelajar institusi pengajian swasta dan awam.

Siapakah yang agihkan bantuan ini BSP 3.0?

Bantuan Sabah Prihatin itu akan diagihkan menerusi lapan kementerian, selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada golongan sasaran masing-masing.

Bayaran BSP 3.0 masuk dalam akaun bank?

Tidak dimaklumkan samada duit akan terus masuk dalam akaun bank atau tidak, pengagihan Bantuan Sabah Prihatin akan dibuat melalui 8 kementerian, selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada golongan sasaran masing-masing.

Jika anda perlukan maklumat lanjut semakan status bayaran BSP 3.0, sila layari laman web di pautan dibawah ini : https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/

 

 

 

 

Leave a Reply