BIL UNIFI : SEMAKAN / PEMBAYARAN / CHECK (CARA SEMAK & BAYAR)
Kepada pengguna Unifi Telekom Malaysia (TM), anda boleh semak atau check bil Unifi hanya melalui atas talian ataupun online sahaja tidak perlu ke kaunter.
Sudah tentunya untuk pembayaran menerusi online lebih senang dan mudah. Pihak TM kini telah hadir dengan satu aplikasi baru untuk pengguna peranti Android dan juga Ios yang dikenali sebagai myunifi.
Bagaimanakah semakan, pembayaran, cara semak dan bayar Unifi melalui online guna myunifi?
APA ITU MYUNIFI
MyUnifi merupakan aplikasi atau app Unifi yang dibangunkan oleh pihak TM bagi memudahkan pengguna menguruskan pelbagai perkara berkaitan Unifi dengan hanya menggunakan satu aplikasi sahaja.
Melalui aplikasi ini, ia membolehkan pengguna melihat penggunaan, membuat pembayaran, selain menerima notifikasi berkaitan akaun.
Selain itu, pengguna turut boleh menggunakan aplikasi sama untuk mengikuti pelbagai promosi semasa dan juga boleh digunakan untuk mengakses khidmat pelanggan dan mendapatkan sokongan dengan pantas daripada pihak TM.
DOWNLOAD/MUAT TURUN MYUNIFI
Kepada anda yang ingin muat turun aplikasi ini boleh tekan pautan yang disediakan di bawah ini :
PERKARA | PAUTAN |
Pengguna IOS (iPHONE) | https://apps.apple.com/my/app/id1447326559 |
Pengguna Android | https://play.google.com/store/apps/details?id=my.myunifi&hl=en&pli=1 |
CARA PENDAFTARAN MYUNIFI
Untuk makluman pengguna kali pertama, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi ini.
- Pastikan anda download terlebih dahulu aplikasi myunifi di pautan di atas.
- Jika anda sudahpun muat turun aplikasi tersebut, sila isi Maklumat atau Butiran yang diminta dengan lengkap.
- Alamat Emel anda pastikan Emel tersebut aktif.
- Cipta Password/Kata Laluan untuk Log Masuk.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda/pengguna.
- Masukkan Nombor Akaun Unifi TM anda. (Boleh rujuk bil untuk nombor tersebut).
- Sila Sahkan Maklumat anda, klik pada terma dan syarat dan tekan Submit.
- Proses Pendaftaran Akaun myunifi anda selesai.
Pesanan : Sekiranya anda pernah mendaftar menggunakan Laman Web Unifi sebelum ini, pengguna hanya perlu gunakan Emel dan Kata Laluan yang sama untuk Login myunifi.
SEMAKAN BIL UNIFI
CARA SEMAK BIL UNIFI
CARA CHECK BIL UNIFI ONLINE
Berikut adalah cara semakan Bil Unifi TM menggunakan aplikasi myunifi :
- Buka aplikasi myunifi di telefon bimbit anda.
- Login myunifi menggunakan Emel dan Kata Laluan semasa pendaftaran dibuat.
- Setelah berjaya login, paparan akan menunjukkan Laman Utama myunifi.
- Untuk semak/check bil unifi, pengguna dikehendaki melihat di Menu bawah sekali aplikasi.
- Terdapat beberapa Menu Utama bawah sekali aplikasi tersebut antaranya adalah :
- Home
- Account
- Support
- Profile
- Untuk semakan bil Unifi pengguna, sila klik pada menu [Account] di Menu bawah sekali aplikasi myunifi.
- Kemudian, pengguna dapat melihat Nombor Akaun Unifi yang aktif di bahagian ini.
- Jumlah Bil Unifi juga akan dipaparkan di bahagian ini.
- Untuk mendapatkan Fail PDF Bil Unifi anda, sila klik [View Account].
- Pada bahagian ini, anda dapat lihat Sejarah Pembayaran Bil Unifi anda sebelum ini.
- Anda juga dapat Muat Turun Fail PDF Bil Unifi anda di sini.
- Untuk Pembayaran, boleh rujuk di panduan di bawah.
PEMBAYARAN BIL UNIFI
CARA BAYAR BIL UNIFI
Di bawah ini kami sediakan kepada anda cara bayar bil unifi melalui online di myunifi :
- Buka aplikasi myunifi di telefon bimbit anda.
- Login myunifi menggunakan Emel dan Kata Laluan semasa pendaftaran dibuat.
- Setelah berjaya login, paparan akan menunjukkan Laman Utama myunifi.
- Untuk pembayaran, pengguna dikehendaki melihat di Menu bawah sekali aplikasi.
- Terdapat beberapa Menu Utama bawah sekali aplikasi tersebut antaranya adalah :
- Home
- Account
- Support
- Profile
- Untuk bayar bil pengguna, sila klik pada menu [Account] di Menu bawah sekali aplikasi myunifi.
- Kemudian, pengguna dapat melihat Nombor Akaun Unifi yang aktif di bahagian ini.
- Jumlah Bayaran Bil yang terkini akan dipaparkan di bahagian ini.
- Untuk pembayaran, sila tekan butang [Pay Bills] di bahagian bawah aplikasi tersebut.
- Pengguna akan dipaparkan Jumlah Bayaran Bil terkini.
- Tekan [Pay RMXX.XX].
- Anda akan dibawa ke bahagian Payment Gateway & Payment Method.
- Untuk pembayaran melalui online, sila tekan [FPX Personal Banking].
- Kemudian, tekan butang [NEXT] bahagian bawah aplikasi.
- Sila pilih [Bank] yang anda ingin Log Masuk Internet Banking.
- Kemudian, sila tekan [NEXT].
- Sila Login Internet Banking yang anda pilih.
- Pop-up butiran pembayaran akan terpapar. Tekan [Continue] dan tekan [Request for TAC]. Masukkan nombor TAC yang telah dihantar ke telefon bimbit anda. Tekan [Confirm] jika telah selesai.
- Sekali lagi detail pembayaran akan terpapar. Klik pada butang [Continue with Transaction] dan klik [Return to FPX].
- Pembayaran anda telah berjaya dan anda boleh cetak resit bayaran yang telah dibuat untuk rujukan masa hadapan.
- Selesai.
ARTIKEL LAIN