CARA DAFTAR BANTUAN RM100 DALAM IC 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG
Bantuan RM100 dalam IC merupakan bantuan untuk membeli barangan keperluan asas yang akan dikreditkan setiap bulan selama 12 bulan. Bantuan ini akan memanfaatkan 700,000 rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Objektif utama bantuan ini diberikan adalah untuk membantu rakyat dalam menghadapi isu kos sara hidup yang semakin tinggi kini.
Bagaimanakah cara daftar bantuan rm100 dalam ic 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA MOHON BANTUAN RM100 MYKAD : DAFTAR ONLINE
KADAR BANTUAN MENGIKUT KATEGORI
Bantuan RM100 dalam IC ini akan disalurkan dengan kadar mengikut kategori yang ditetapkan melalui data eKasih dan JKM, seperti di bawah :
- Kategori Isi Rumah Miskin Tegar : RM1,200.
- Kategori Isi Rumah Miskin : RM1,200.
- Kategori Isi Rumah Asas : RM300.
- Kategori Bujang dan Warga Emas : RM150.
KRITERIA KELAYAKAN
Berikut merupakan kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk memohon Bantuan RM100 dalam ic, seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia.
- Berstatus (lulus) penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan.
- Tersenarai dalam pengkalan data eKasih.
CARA PENGGUNAAN BANTUAN RM100 DALAM IC
Berikut merupakan cara-cara menggunakan Bantuan RM100 dalam IC, seperti di bawah :
- Pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori seperti di bawah yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak Masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mee segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Tunjuk Mykad kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
- Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
- Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.
*Untuk mengetahui kedai atau pasaraya terpilih berhampiran anda, sila semak di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang.
CARA DAFTAR BANTUAN RM100 DALAM IC
- Pemohon perlu daftar di Portal Rasmi e-Kasih; atau klik pautan ini : https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.
- Kemudian klik [Semakan Pendaftaran eKasih].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan permohon pada ruangan No.KP.
- Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
- Kemudian, pergi ke Portal eKasih untuk daftar akaun.
- Masukkan semua maklumat diri, pendapatan, tanggungan dan lain-lain yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Klik butang [Teruskan].
- Tandakan pada perakuan diri.
- Tekan butang [Hantar].
- Selesai.
*Untuk makluman, berdasarkan kaedah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data eKasih dan JKM.
RUJUKAN
Sila rujuk pihak berwajib di bawah, sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan Bantuan ini.
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.