Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Melalui CIMB
Bagi pengguna CIMB Clicks yang juga ada menyimpan duit Tabung Haji (TH), anda kini boleh link akaun Tabung Haji (TH) dengan akaun CIMB untuk pelbagai urusan secara online. Berikut adalah info lanjut tentang cara link akaun Tabung Haji dengan CIMB dan kemudahan yang boleh digunakan.
Nampaknya satu demi satu penggunaan buku pelaburan utama dikalangan bumiputera dan orang Islam sudah tidak digunakan lagi.
Sebelum ini Amanah Saham Bumiputera ASB mengumumkan mereka tidak menggunakan lagi buku pelaburan untuk tujuan pelbagai urusan, semuanya sejak wujudkan portal asnb / asb online banking.
Sekarang ini tiba pula giliran Tabung Haji pula mengumumkan untuk memansuhkan sekaliguskan era penggunaan buku pelaburan TH tidak akan ada lagi selepas ini di kaunter untuk pelbagai urusan termasuk keluarkan duit tabung haji.
Hal ini kerana, kami dimaklumkan sekarang ini TH dalam proses untuk kerana digital dan sistem online sepenuhnya tidak lama sahaja lagi.
Baca Juga : Teks Khutbah Raya Aidiladha/Haji 2021 Di Rumah
Cara Keluarkan Duit Tabung Haji
- Selepas ini untuk tujuan pengeluaran termasuk keluarkan duit tabung haji di kaunter, anda tidak perlu bawa buku pelaburan lagi. Apa yang perlu anda bawa hanyalah kad pengenalan sahaja.
- Maknanya jikalau anda pemilik akaun boleh bawa sahaja kad pengenalan anda untuk tujuan pelbagai urusan di kaunter
- Bagaimana pula akaun TH masih lagi di bawah pengawasan penjaga? Penjaga atau ibu bapa juga hanya perlu bawa kad pengenalan mereka sahaja untuk pengesahan dan meneruskan pelbagai urusan di kaunter.
- Walaubagaimanapun kepada anda yang sudah register dan daftar akaun TH anda dan anak-anak anda di portal Maybank2u, anda boleh membuat tambahan (transfer) simpanan dan pelaburan serta pengeluaran di secara online di Maybank2u. Sangat Mudah! Boleh cuba.
- Selain daripada online banking Maybank, anda boleh gunakan juga Bank Rakyat dan bank Islam termasuk juga anda boleh keluar duit dan transfer bank islam ke tabung haji online. Sangat MUDAh!
- Jikalau anda rasa mengelakkan daripada berurusan di kaunter, anda juga boleh semak baki terkini di mesin ATM Bank Islam atau Bank Rakyat bagi mendapatkan dan melakukan semakan transaksi 5 yang terakhir di penyata mini.
- Manakala untuk mendapatkan penyata yang lebih lengkap, anda boleh link kad atm anda dengan akaun TH untuk semakan di mesin ATM Maybank, Bank Rakyat, bank Islam dan juga CIMB Click Login.
Baca Juga : Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online Dengan Penambahan Had Pengeluaran RM1000
Tabung Haji Melalui CIMB Online
Anda hanya perlu mendaftar akaun Tabung Haji di CIMBClicks dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini:
- Login ke laman web www.cimbclicks.com.my
- Pergi ke menu My Account > Tabung Haji > Click here
- Masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad debit anda
- Tekan butang Submit
- Masukkan nombor TAC yang akan dihantar ke telefon bimbit anda untuk melengkapkan proses pengaktifan.
Pesanan : Anda juga boleh pergi ke menu Services > Klik 3 titik pada menu Account Linking > Select Tabung Haji > Click on ‘Link Account’
Lepas dah disahkan, anda bolehlah buat urusan transaksi Tabung Haji dengan lebih mudah dan selamat, hanya melalui CIMB Clicks.
Antara kemudahan terkini yang disediakan oleh CIMBClicks ialah Manage Your Tabung Haji Account, di mana pengguna boleh melakukan urusan berikut:
- Semakan baki
- Pemindahan wang dari CIMB ke Tabung Haji
- Keluarkan duit Tabung Haji
Soalan Lazim
Berapakah Caj Pendaftaran & Pemindahan Wang Tabung Haji?
Tiada caj yang akan dikenakan untuk mendaftar akaun TH dengan CIMB. Manakala bagi urusan pemindahan wang berikut akan dikenakan caj RM1:
Contoh :
- Dari akaun CIMB ke akaun Tabung Haji anda
- Dari akaun CIMB ke akaun 3rd party Tabung Haji
- Dari akaun Tabung Haji ke akaun CIMB
Berapakah Jumlah Minimum & Maksimum Transaksi Tabung Haji?
Amaun yang dibenarkan untuk transaksi dari Tabung Haji – CIMB dan sebaliknya adalah seperti berikut:
- Amaun minimum : RM1.00 per transaksi
- Amaun maksimum: RM10,000.00 per transaksi
Bilakah Tempoh & Waktu Urusniaga Tabung Haji?
Kemudahan ini disediakan 24 jam sehari. Jadi lepas ni dah mudah nak simpan duit atau keluarkan duit Tabung Haji hanya melalui CIMB Clicks. Bila-bila saja pun boleh buat semakan baki Tabung Haji dalam akaun.
Jika Ada Pertanyaan Boleh Rujuk Siapa?
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kemudahan Tabung Haji via CIMB Clicks, anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan CIMB di +603 6204 7788 atau melalui email cru@cimb.com. Untuk lebih info, sila layari https://www.cimbclicks.com.my/tabung-haji