SEMAKAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG
Setelah bantuan RM100 setiap bulan ini diperkenalkan pada tahun lepas, ia hanya diperuntukkan kepada 210,00 penerima sahaja. Namun bagi tahun 2024, Kerajaan telah memperluaskan pemberian ini kepada lebih ramai penerima. Bantuan ini juga diberikan kepada pelbagai kategori termasuk isi rumah, bujang dan warga emas.
Bagaimanakah semakan bantuan rm100 setiap bulan mykad? Ikuti maklumat lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS : SEMAK SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD 2024
Bantuan RM100 setiap bulan ialah bantuan tambahan khususnya kepada penerima bantuan STR yang mana bantuan ini disalurkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima. Bantuan ini adalah khas untuk membeli barangan keperluan asas dapur tanpa tunai (cashless) di kedai atau pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024
Jika sebelum ini hanya seramai 210,000 sahaja penerima yang layak, namun kini bantuan ini diperluaskan lagi kepada lebih ramai penerima seperti berikut :
PENERIMA | JUMLAH |
---|---|
Penerima STR yang merupakan Miskin dan Miskin Tegar (berada dalam data eKasih dan JKM) | Adalah seramai : 0.7j akan menerima bantuan RM100 setiap bulan. |
Penerima STR isi rumah yang BUKAN miskin atau miskin tegar | Adalah seramai : 1.3j akan menerima bantuan RM100 setiap bulan. |
Penerima STR Warga emas dan Bujang yang juga BUKAN miskin atau miskin tegar | Adalah seramai : 4.3j. |
NILAI BANTUAN MYKAD 2024
Peruntukan nilai bantuan ini adalah bergantung kepada kategori yang ditetapkan mengikut data yang diambil daripada penerima Bantuan STR seperti berikut :
KATEGORI | NILAI BANTUAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 |
STR Miskin | RM1,200 |
STR Isi Rumah Asas | RM300 |
STR Bujang | RM150 |
STR Warga Emas | RM150 |
SEMAKAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD 2024
PAUTAN PORTAL RASMI SEMAKAN |
---|
https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila layari Portal rasmi MyKasih di atas.
- Kemudian klik pada [Semakan Status].
- Seterusnya masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk / hubungi pihak berwajib seperti berikut :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan sahaja untuk memudahkan carian anda. Semoga bermanfaat.
Bantuan MyKad RM100
MUHAMAD FAIZAL BIN SALAHUTDIN
Bantuan 300 mykad
Saya mohon bantuan ini
I
Saya moon bantuan ini
Bantuan 300 mykad