CARA KELUAR DUIT TABUNG HAJI MELALUI CIMB
Khas untuk anda pengguna CIMB Clicks yang juga ada menyimpan duit Tabung Haji (TH), anda kini boleh link akaun Tabung Haji (TH) dengan akaun CIMB untuk pelbagai urusan secara online. Berikut adalah info lanjut tentang cara link akaun Tabung Haji dengan CIMB dan kemudahan yang boleh digunakan.
Baca juga: AKAUN ASB YANG DISEKAT : CARA AKTIFKAN (POLISI DORMAN)
Bagaimanakah cara keluar duit tabung haji melalui cimb bank? Maklumat lanjut di sini.
CARA KELUAR DUIT TABUNG HAJI MELALUI CIMB
CARA LINK AKAUN TABUNG HAJI DENGAN CIMB
Anda hanya perlu mendaftar akaun Tabung Haji di CIMBClicks dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini:
- Login ke laman web www.cimbclicks.com.my
- pergi ke menu My Account > Tabung Haji > Click here
- Masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad debit anda
- Tekan butang Submit
- Masukkan nombor TAC yang akan dihantar ke telefon bimbit anda untuk melengkapkan proses pengaktifan.
NOTA: Anda juga boleh pergi ke menu Services > Klik 3 titik pada menu Account Linking > Select Tabung Haji > Click on ‘Link Account’
CARA KELUAR DUIT TABUNG HAJI MELALUI CIMB
Tiada caj yang akan dikenakan untuk mendaftar akaun TH dengan CIMB. Manakala bagi urusan pemindahan wang berikut akan dikenakan caj RM1:
- Dari akaun CIMB ke akaun Tabung Haji anda
- Dari akaun CIMB ke akaun 3rd party Tabung Haji
- Dari akaun Tabung Haji ke akaun CIMB
JUMLAH MINIMUM & MAKSIMUM TRANSAKSI TABUNG HAJI
Amaun yang dibenarkan untuk transaksi dari Tabung Haji – CIMB dan sebaliknya adalah seperti berikut:
- Amaun minimum : RM1.00 per transaksi
- Amaun maksimum: RM10,000.00 per transaksi
KEMUDAHAN CIMB
Antara kemudahan terkini yang disediakan oleh CIMBClicks ialah Manage Your Tabung Haji Account, di mana pengguna boleh melakukan urusan berikut:
- Semakan baki
- Pemindahan wang dari CIMB ke Tabung Haji
- Keluarkan duit Tabung Haji