Panduan Permohonan PTPTN Dan 8 Syarat Utama Supaya Pinjaman Pelajaran Mudah Lulus 1

Panduan Permohonan PTPTN Dan 8 Syarat Utama Supaya Pinjaman Pelajaran Mudah Lulus

Pinjaman PTPTN adalah pembiayaan pelajaran yang paling popular dikalangan pelajar di institusi awam dan juga swasta. Kewujudan pembiayaan pinjaman ini bertujuan memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pada zaman sekarang terdapat banyak pilihan universiti di Malaysia yang menawarkan pelbagai program kepada para pelajar lepasan SPM atau lepasan STPM. Kebanyakan universiti awam dan swasta telah menyediakan pelbagai pilihan kemudahan pembiayaan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk memudahkan mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Terdapat 9 skop pinjaman pendidikan bagi PTPTN. Skop ini sebagai rujukan kepada peminjam untuk mengenal pasti IPT yang dibiaya oleh PTPTN berdasarkan peringkat pengajian masing-masing.

9 Skop tersebut boleh dirujuk di bawah :

  1. Diploma Sepenuh Masa : Bagi peringkat pengajian untuk Diploma Sepenuh Masa, IPT yang dibiayai oleh PTPTN adalah IPTA, POLITEKNIK dan IPTS.
  2. Diploma Separuh Masa : Bagi peringkat pengajian untuk Diploma Separuh Masa, IPT yang dibiayai oleh PTPTN adalah IPTA, POLITEKNIK dan IPTS*.
  3. Diploma PJJ : Bagi peringkat pengajian untuk Diploma PJJ, IPT yang dibiayai oleh PTPTN adalah IPTA sahaja.
  4. Diploma Lanjutan : Bagi peringkat pengajian untuk Diploma Lanjutan, IPT yang dibiayai oleh PTPTN adalah IPTA dan POLITEKNIK.
  5. Ijazah Pertama Sepenuh Masa : Bagi peringkat pengajian untuk Ijazah Pertama Sepenuh Masa, IPT yang dibiayai oleh PTPTN adalah IPTA dan IPTS.
  6. Ijazah Pertama Separuh Masa : Bagi peringkat pengajian untuk Ijazah Pertama Separuh Masa, IPT yang dibiayai oleh PTPTN adalah IPTA dan IPTS*.
  7. Sarjana Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ : Bagi peringkat pengajian untuk Sarjana Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ, IPT yang dibiayai oleh PTPTN adalah IPTA sahaja.
  8. Doktor Falsafah Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ : Bagi peringkat pengajian untuk Doktor Falsafah Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ, IPT yang dibiayai oleh PTPTN adalah IPTA sahaja.
  9. Kursus Profesional Sepenuh Masa/ Separuh Masa/PJJ : Bagi peringkat pengajian untuk Kursus Profesional Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ, IPT yang dibiayai oleh PTPTN adalah IPTA sahaja.

NOTA PENTING : Bagi IPTS yang bertanda IPTS*, pinjaman pelajaran PTPTN dikhususkan kepada pelajar IPTS yang menuntut di UNITEM, UNITAR, Wawasan Open University dan Asia E University.

Untuk pengetahuan kepada pemohon, bukan semua pelajar akan mendapat pembiayaan pinjaman pelajaran ini, hal ini kerana terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN untuk memastikan kemudahan pinjaman ini dapat disalurkan kepada pelajar yang sebenar-benarnya layak. Syarat yang telah ditetapkan mestilah dipatuhi oleh pemohon supaya permohonan yang dilakukan mudah dan cepat diuruskan.

Oleh itu, sebelum membuat sebarang permohonan, pelajar dikehendaki membuat semakan sama ada layak ataupun tidak layak untuk memohon pinjaman PTPTN.

Terdapat sebanyak 8 syarat utama untuk memohon pinjaman PTPTN ini. Senarai di bawah menunjukkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN.

8 Syarat Utama Permohonan Pinjaman PTPTN

  1. Pemohon mestilah berstatus Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Pemohon mestilah mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan POLITEKNIK dengan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  4. Kursus yang diambil oleh pemohon mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan berdaftar dengan pihak PTPTN.
  5. Untuk pelajar IPTS, kursus yang diambil mestilah mendapat penarafan daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui Sijil Perakuan Akreditasi yang masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon.
  6. Jika pelajar tersebut mempunyai kelayakan yang berbeza, pengesahan perlu diperolehi oleh pihak daripada jabatan atau agensi sepertimana kenyataan di atas.
  7. Pemohon mestilah mempunyai baki tempoh kursus tidak kurang daripada satu (1) tahun.
  8. Pemohon mestilah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus**.

Leave a Reply